Dari zaman kanak-kanakku hingga menyingkap dewasa kini. Hati kecilku terlalu mudah menangis. Jiwaku sering saja luluh tiap kali memikirkan takdir hidup. Air mataku sering bergenang. Kelopak mataku tak mampu lagi menampung. Air mataku mengalir laju tanpa segan silu terkadang sangat pedih rasanya. Perit lagi perih dadaku tika mengenang masa silam. Memang terus gugur mutiara berkaca dari kelopak mataku tiap kali aku kesunyian. Takkan pernah ada sesiapa yang memahami derita jiwa aku selama ini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku menjadi seorang yang penuh dengan emosi. Ibu! Mungkinkah dilemma emosi aku ini datang dari ibuku yang mengandungkan aku dalam ledakan emosi yang cukup memeritkan di saat suami tersayang tiada di sisi. Saat ditinggalkan suami tanpa khabar berita tika dari awal kandungan hinggalah aku dilahirkan. Jangka hayat aku langsung tak mengerti bagaimana rasanya kasih sayang seorang ayah. Jiwa aku sangat beremosi tiap kali melihat teman-teman lain punya ayah. Ayah! Tunjang tempat bergantung. Tapi aku..hidup tanpa tunjang. Sungguh goyah tapak yang ku pijak. Namun tetap jua aku teguhkan biarpun sering saja dalam ketakutan. Keberanian aku selama ini terbit dalam keterpaksaan. Mana bisa kanak-kanak membela diri. Tapi aku mesti lakukannya walaupun dalam terpaksa. Terpaksa atau dipaksa pada aku tiada bezanya. Kini aku telah menjadi seorang dewasa yang terlalu memendam rasa. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang demi membahagiakan ibuku yang tercinta. Amin~
assalamualaiku,
ReplyDeleteana nangis apabila m'baca titipan saudara d'atas,,
moga d'permudahkan prjlnan dlm hidup yg singkat ini,,
ana yakin seorg muslim yg b'pegg pdNya n al-Quran dpt harungi perit derita yg tlh t'catat dlm buku ctatan d'lohmahfuzz sana,
jgnlah kamu memendam rasa yg akan m'buatkan kamu akan jtuh dan luluh dlm hidup ini..
sampaikan salam ana pada ibumu yg begitu kuat sperti anaknya ini dlm menempuh lumrah hidup ini..
insya'allah
waalaikummussalam~
ReplyDeleteterima kasih ana atas keteguhan kata-kata nasihat
yang amat bermakna. hanya pada-NYA jua tempat wan mencurah di saat jiwa kian goyah. terima kasih juga kerana memahami titipan di atas. gugurnya mutiara berkaca dari kelopak mata sudah sebati dengan diri ini. semoga ana menjadi seorang yang selalu tabah dalam meniti episod hidup ini.
Insya'allah..wan akan sampaikan salam ana buat ibu yang kini berada di kampung, suatu hari nanti.
sama2 kita saling nasihat dan berpesan antara saudara semuslim..insya'allah,
ReplyDeleteketika kamu goyah,sakit,hilang arah..teruslah kepadaNya dan mintalah apa2 pon dariNya yg MAHA MENDENGAR...
p/s untuk diri ana sendiri jgk(,'')('',)