Tuesday, 3 January 2012

Lelah Lagi Lemah


Tiada terdaya rasanya untuk aku menghabiskan episode di atas pentas dunia ini. Entah apa agaknya kusudahan ceritaku? Di mana sebenarnya ia bermula? Namun bagaimanakah  penghujungnya? Itulah yang selalu bermain di kepala. Ya Allah, perit sungguh jalan cerita yang Engkau berikan kepadaku bagaikan tak terdaya lagi untuk aku melakonkan wataknya. Aku lemah Ya Allah. Aku tak kuat lagi untuk terus bertahan melakonkan watak-watak dalam jalan cerita yang Engkau ciptaankan untukku ini. Aku tak sekuat kekasihMu Nabi Muhammad saw yang begitu tabah dan teguh meniti skrip cerita hidupnya yang tak lekang dari ranjau duri yang begitu tajam. Ampunkanlah aku Ya Tuhan seandainya kata-kataku ini bagaikan tidak rehda dengan ketentuan yang telah Engkau titipkan kepadaku. Rintihanku ini hanyalah untuk meluahkan perasaan kepadaMu ya Allah kerana hanya Engkaulah yang maha memahami akan isi hati kecilku ini. Hidup aku bagaikan tiada apa-apa. Jiwaku bagaikan terasa kosong. Ya Allah Yang Maha Pengasih, aku mohon pada-Mu.. Engkau tiuplah rasa kasih dan sayangMu dalam hidupku supaya nilai sebenar untuk aku terus melangkah di bumi-Mu yang maha agung ini menjadi lebih bermakna.. Hanya Pada-Mu jua tempat aku sujud, pada-Mu jugalah tempat aku memohon dan meminta pertolongan, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar walau apa jua epilog cerita yang hambaMu ini ingin sampaikan. Ampunilah segala kekhilafan yang aku lakukan di masa lampau dan yang mendatang kerana aku hanyalah insan kerdil yang tak pernah lekang dari melakukan dosa-dosa.
Amin Ya Allah
Amin Ya Robbal alaminnn~
                                                                                          

No comments:

Post a Comment