Thursday, 5 January 2012

Perjalananku Mencari Sahabat


Aku punya ramai kawan. Kawan yang menjadi teman. Teman yang menjadi rakan. Rakan yang menjadi taulan. Tapi bukan semua yang menjadi sahabat. Di mana saja aku berada, ke mana saja aku pergi, di situ jugalah akan ada kawan kerana semua orang suka berkawan. Ya, semua orang berkawan tapi berkawan untuk suka-suka, berkawan untuk gembira. Namun, adakah kawan-kawan yang ramai itu adalah sahabat yang 
setia walaupun di saat berduka. Itulah bezanya kawan dan sahabat. Jika dulu aku sangat suka mencari kawan seberapa ramai yang aku bisa. Kawan untuk aku hilangkan rasa sunyi. Kawan untuk aku hilangkan rasa bosan. Hidup aku langsung tiada warna.
Tidak seperti teman-temanku yang lain. Hidup mereka penuh dengan warna tapi tidak bagi aku. Banyak pengalaman berkawan yang aku tempuh. Perasaan ingin berkawan dengan ramai orang yang selama ini aku inginkan telah aku perolehi. Setelah bertahun merantau, banyak pengalaman yang aku timba. Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Pengalaman yang mengajar aku erti kedewasaan. Hingga detik dan saat ini,aku rasa aku sudah puas berkawan. Bermacam orang aku berkawan dengan bermacam ragam. Namun, berpuluh beratus atau mungkin beribu kawan yang aku ada bukanlah sahabat sebenarnya. Hanya sekadar kawan tika suka tika gembira. Kawan tika sedih tika pilu tiada di sisi. Berbatu-batu aku merantau mencari sahabat sejati rupanya berada dekat denganku selama ini. Kawan yang ku sangka berlian beharga rupanya 
kaca berduri. Kawan yang ku ingat kain perca rupanya sutera dari syurga. Mataku telah salah melihat. Hatiku telah salah menilai. Siang dan malam aku berdoa agar Tuhan temukan aku dengan sahabat yang memahami, sahabat yang terbaik untuk diriku ini. AKu berkawan berteman bersahabat berkongsi kasih dan sayang hanya kerana-Mu Ya Rabbi Ya Ilahi.


:: sayangkan bunga, bunga akan layu..
:: sayangkan manusia, manusia akan mati..
:: sayangkan Alllah, kekal abadi..

No comments:

Post a Comment